Warning: Undefined variable $class in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/header.php on line 25
class="post-template-default single single-post postid-3845 single-format-standard">
大马时事 国际天地 影视世界 娱乐八卦 心理测验 生活小贴士 宇宙探秘 脑洞知识 揭秘历史 人生励志 爆点科技 其他

Apa lagi Cina mau?

Posted on Wednesday, May 8th, 2013 and under 其他.
Warning: Undefined variable $before in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/single.php on line 19

Warning: Undefined variable $sep in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/single.php on line 19

Warning: Undefined variable $after in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/single.php on line 19
Tags:

Apa lagi Cina mau?

Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negeri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segikewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif. 80% daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya – Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya.

Apa lagi Cina mau?

Apa lagi Cina mau?

Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa Negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini. Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya “Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik (“blackout”), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan Negara kita.

Apa lagi yang Cina mau?

‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang benar, bukan ‘kestabilan’ yang palsu dan dangkal. ‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang matang, bukan Negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. ‘Cina’ ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151417611128325&set=a.423042973324.202449.569448324&type=1&ref=nf



Comments are closed.