网民发起百万”感激纳吉贡献”签名运动 仅获得不到6000人签名
Posted on Tuesday, May 15th, 2018 and under 大马时事.Warning: Undefined variable $before in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/single.php on line 19
Warning: Undefined variable $sep in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/single.php on line 19
Warning: Undefined variable $after in /home3/myrunners/public_html/itudia.com/share/wp-content/themes/sim/single.php on line 19
Tags: 纳吉
前首相拿督斯里纳吉在第14届全国大选中丟失政权,更辞去国阵和巫统主席两大职位。有网民在网上发签名运动,希望收集100万个签名,感谢纳吉在位时的贡献。
一名称AB JALIL BACKER的网民在网上发起联署运动,希望收集100万个签名。
该名网民表示,代表大马人民向纳吉针对国家所做的转型计划,使大马转型成为可持续的经济环境表示感激。尽管纳吉在大选落败丢失政权,但大马人民未来将会怀念纳吉的行政理念。
虽然联署目標是收集100万个签名,但截止早上11时,仅获得不到6000人签名。
有关网址是https://www.thepetitionsite.com/693/253/785/terima-kasih-najib-razak/
TERIMA KASIH NAJIB RAZAK
Kami rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT PERDANA MENTERI KEENAM NEGARA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK, atas segala usaha beliau mentransformasi negara ini kepada satu persekitaran ekonomi yang mampan dan meningkatkan kualiti modal insan rakyat Malaysia.
YANG BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK,
Kami yang menandatangani petisyen ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan Dato’ Sri dalam menyeimbangkan pembangunan negara – antara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan keperluan mengukuhkan asas ekonomi negara selama 9 tahun lalu.
Fakta-fakta ekonomi jelas menunjukkan negara berada di landasan yang betul dan mampan. Malangnya persepsi menguasai politik negara kita.
Dato’ Sri akan diingati sebagai Perdana Menteri yang telah berusaha mewujudkan asas ekonomi yang kukuh melalui pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengenalan GST, rasionalisasi subsidi, pembinaan infra rakyat dan mewujudkan kesalinghubungan di seluruh negara.
Dengan pengenalan GST dan rasionalisasi subsidi Dato Sri telah menyelamatkan ekonomi negara secara senyap dari terjejas teruk bila berlaku masalah ekonomi serantau dan dunia.
Dengan BR1M, Dato Sri telah berusaha memastikan golongan bawahan tidak terjejas teruk akibat keputusan-keputusan kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara yang telah menyebabkan kenaikan kos sara hidup.
Sesuatu yang tidak dapat kami lupakan, sejak 2009 Dato Sri telah melancarkan 13 projek berimpak tinggi di seluruh negara.
1. LEBUH RAYA PAN BORNEO (SABAH DAN SARAWAK)
2. PROJEK KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG (JOHOR)
3. KAWASAN PERINDUSTRIAN LEMBAH CHUPING (PERLIS),
4. PROJEK LANDASAN KERETA API PANTAI TIMUR (ECRL),
5. CENTRAL SPINE ROAD (CSR),
6. KERETA API BERKELAJUAN TINGGI KUALA LUMPUR-SINGAPURA (HSR),
7. LANDASAN BERKEMBAR GEMAS-JOHOR,
8. LEMBAH WAWASAN MALAYSIA (MVV),
9. SISTEM TRANSIT RAPID (RTS) LALUAN JOHOR BHARU – SINGAPURA,
10. MASS RAPID TRANSIT (MRT),
11. TUN RAZAK EXCHANGE,
12. BANDAR MALAYSIA
13. LEBUH RAYA PANTAI BARAT
Ini semua suatu hari nanti akan memberi impak yang tinggi dan mampu membawa perubahan besar kepada taraf sosio-ekonomi rakyat di seluruh negara.
Suatu hari nanti kami pasti akan merindui falsafah pentadbiran Najib Razak bahawa, “Pembangunan kita mesti bersifat inklusif, menyentuh setiap pelusuk ceruk rantau negara kita dari sempadan Thailand, Singapura, Indonesia sampai ke sempadan Filipina. kita mesti membawa pembangunan untuk semua rakyat Malaysia”
Hari ini Dato’ Sri telah kehilangan kuasa dan jawatan. Ia adalah kerana kekurangan dan kelemahan sebagai manusia biasa. Namun percayalah kami tidak pernah melupai keprihatinan dan kesungguhan Dato’ Sri membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih Najib Razak! Kami sayang anda! Semoga Tuhan merahmati Tuan dan negara kita yang tercinta ini.